Friday, October 28, 2011

Rabak Rabak

Sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu ape yang buat aku rasa nak menaip balik kat blog ni. Dah la bosan, idea selalu takde pulak tu. Tapi mungkin, mungkin kat blog ni la aku boleh tulis ape yang aku nak tanpa ada orang like, comment, mahupun RT. Ya, aku ade bau kebebasan disini.




Dan aku sedar aku menaip balik sekarang ni lepas gagal dengan jaya nya dalam cubaan nak tukar background dekat twitter. Haremmmm. Penat aku try buat banyak kali. 




Dan sebenarnya tak ade benda yang aku nak tulis kat sini. Cuma tangan ni saja nak menaip dan saja nak test kelajuan jari jemari aku menaip tanpa perlu lihat papan kekunci beserta dengan sifar kesalahan. Dan tak berhasil. Banyak kali tersalah taip, tersalah eja.




Oh ya, sebelum terlupa, lagi beberapa jam dari sekarang, dalam pukul 11 nanti aku akan bertolak ke Ipoh. Ya Ipoh. Bandar yang orang ramai akui City of Indie Rock. Disitu indie mula beranak pinak selepas KL dan Johor. Aku bangga.




Aku akan ke Ipoh untuk menghadiri sesi keramaian Projek Rabak. Aku tak tau macam mana nak terangkan ape benda Projek Rabak ni tapi ia merupakan salah satu event besar jugak lah untuk para seniman, penulis, penyajak bawah tanah. Antara nama besar yang selalu terlibat adalah Mohd Jayzuan, ex band Free Love tu, dan Fared Ayam. Tak kenal? Search la kat google. Mesti keluar name name diorang. Jangan malas bang. 




Berminat? Jom, join aku. Search Projek Rabak kat facebook, dan ambil tahu. Kalau berminat, bagus lah.




Dan, aku rasa aku perlu stop kat sini. Perut dah memulas, mangkuk jamban dah memanggil. Ahh shitt, tak kena masa langsung. 








Prettttt.

0 comments: